Eish...
Heish...
Humpff...
Aya mendengus sendirian.Baik.Dia baik sangat.Sikit tak pernah culas.Sangat bertanggungjawab.Tapi,kenapa  Aya tak boleh nampak semua tu.Tak..tak.Aya nampak.Tapi Aya saja buat-buat tak nampak.Ada satu rasa yang Aya simpan dalam hati.Tak.Sebenarnya lebih kepada memori.Pahit.Ya,memori yang pahit.

Baru-baru nie..
"Barang semua dah siap?"suara garau bertanya.
"Dah!"jawab suara halus itu dengan ceria.Kat tangan tengah menahan beban kotak buku.Muka still maintain.
"Eh,kenapa angkat berat-berat?Letak je.Biar ayah yang angkat".
"La tak pe la.Bukan berat pun,"Aya tak nak mengalah.Barang sendiri,takkan nak suruh ayah angkat kut.
"Letak jela situ.Biar ayah yang angkat.Nanti sakit pinggang,".

Kan Aya dah kata.Ayah sangat baik.Bertanggungjawab.Jujur.Terharu masa tu.Tapi cepat-cepat Aya padamkan perasaan tu.Beku kan muka dari sebarang riak.Tak.Dia tak simpan dendam pun.Entah kenapa suara tu masih terngiang-ngiang dalam kepala.

"Macam mana nak sayang kalau korang semua ni asyik gaduh je!!",terdiam semua yang dalam kereta tu,bila dijerkah sedemikian rupa.Si Afa dengan Ani yang tengah bergomol terberhenti terus.Aya tersentap.Tak sangka.Afa dengan Ani berpandang-pandangan.Tapi budak-budak.Sekejap je,sambung balik aktiviti yang tergendala tadi.

Dan..sejak itu,rasa hormat Aya pada ayah makin nipis.Sampai satu tahap,rasa hormat tu dah hilang langsung.Pelik.Sangat pelik.Macam mana ayah boleh menjalankan tanggungjawab tanpa ada rasa sayang pada 'amanahnya'?Marah Aya yang amat sangat pada ayahnya masa tu.Tapi sekarang Aya tengah belajar untuk kikis perasaan tu.Sedikit demi sedikit.Dia cuba pujuk hati.Lagi pun bukan orang lain.Ayah sendiri.Ya,ayah sendiri.Yang dah banyak berkorban untuk keluarganya.Bukan apa.Aya tahu.Ayahnya lebih suka berkongsi cerita dengannya berbanding ibunya.Mungkin ayah rasa dia lebih faham dirinya berbanding ibunya.Dan..selebihnya Aya rasa bersalah sangat-sangat.Memang Aya sangat keras hati.Tapi dengan kedua orang tuanya,lagi-lagi ayahnya Aya tak boleh.

Dan..sekarang Aya cuba jaga lisan dan perbuatannya agar tak mengguris hati sesiapa.Terkadang Aya terharu sangat,bila ayahnya cuba mengambil hatinya.Macam biasa,cepat-cepat dia bekukan hatinya.Tapi lama mana la sangat dia boleh membeku.Darah yang mengalir dalam tubuh mereka darah yang sama.Insya-Allah,Aya akan terus belajar menyayangi ayahnya macam ketika dia kecil dulu.Masa yang dia nampak ayahnya tu hero.Segala superhero pun tak mampu menandingi ayahnya.

"Ayah,sabar ea.Aya nak jadi anak yang solehah.Wanita yang solehah.Aya tak nak jadi anak derhaka.Sebab,ayah lah ayah terbaik yang pernah Aya jumpa.Ayah terima kasih sebab sentiasa bersabar dengan kami.Insya-allah,Aya akan belajar dan ajar adik-adik Aya supaya sayang ayah,hormat ayah,".
Bisik Aya sambil matanya melirik ke kereta merah yang sedang menyusur keluar pintu pagar asramanya.


Comments

  1. em.nenek ada pesan.
    lepas baca alfatihah(dalam solat),sebelum amin tu baca *rabbighfirli wali walidayya warhamhuma kama rabbayani saghira.
    pastu bacalah amin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Portugal: Porto

Sedikit tips dari cebisan pengalaman mengandung