Takut?

Aye aye~



Semua orang ada hak untuk untuk berasa yakin dengan apa yang dia lakukan. Betulkah? Entah jangan tanya aku.

Tengok orang yang pakai tutup litup dari atas ke bawah. Tanya diaorang. Tak panas ke? Tak rimas ke? Tak rasa nak pitam ke pakai tebal-tebal? Mesti punya diaorang senyum *kalau boleh nampak senyuman diaorang la (incase diaorang pakai purdah mana nak nampak kan?), sambil cakap "alhamdulillah, saya selesa dengan apa yang saya buat, apa yang saya pakai". Klise? Takla.. Tapi kita boleh nampak yang diaorang sangat yakin dengan apa diaorang lakukan. Tak ke gitu..?

Tengok pula yang pakai seksi. Eh? Tak malu ke pakai macam ni, tak rasa seksi ke? Tak takut sunburn ke? Tau tak dosa? Jawapan diaorang, "mana ada seksi. Biasalah macam ni. Okei apa?". Diaorang ni pun yakin je dengan apa yang diaorang pakai dan buat.



Ada orang kata : Kau adalah apa yang kau fikir.

Betul juga. Takkan nya ada pondan berjalan megah ditengah keramaian kalau tiada keyakinan. Takkan nya ada orang berpurdah memenuhi KLCC kalau dia malu berpurdah. Takkan nya ada perempuan merokok tengah-tengah alam kalau dia segan. Takkan nya ada pasangan yang tak halal berdua-duaan, walau hakikatnya ada ramai orang sekililing diaorang. Takkan nya ada.. macam-macam lah.



'Allah dah susun jalan. Macam-macam jalan ada. Tapi kita yang pilih sendiri jalan mana kita nak lalu'

Seronok menjadi orang yang yakin dengan apa yang dia pegang. Dulu pernah. Dulu aku pernah yakin dengan apa yang aku impikan. Lantak la apa saja badai yang datang berguling ke, menghempas ke.. ada aku kesah? Itu dulu. Sekarang.. dah separuh. Eh tak, suku baru kot. Ye, suku jalan aku menuju impian aku dah mula goyah. Betul ke tak jalan yang aku pilih ni. Nak lepaskan sayang. Antara cita-cita dan minat. Macam mana aku nak seiringkan dua benda ni. Teorinya senang, praktikalnya? Pedih...



'Bila dah tersilap pilih, kita akan kembali ke pangkal jalan'

Tak tipu pedih. Pedih yang amat. Ingatkan kembali ke pangkal jalan tu yang terbaik. Memang terbaik. Huh. Siapa kata nak kembali ke pangkal jalan tu senang. Sesusah nak ikut jalan yang lurus, susah lagi nak kembali ke pangkal jalan. 'Minat' tu seronok. Aku gembira dengan 'minat' tu. Tapi tiap kali habis je aku pedih sendiri. Rasa nak berhenti je. Tapi kalau macam tu, nanti aku rasa kosong sendiri. Rasa hilang, tenggelam dalam khayalan sendiri. Dunia jadi.. entah. Apa guna minat kalau nanti buat seksa jiwa je. Tapi apa guna cita-cita kalau buat kau hilang rasa. Hah, jawab la sendiri.



'Dalam dunia ini ada banyak benda yang buat orang rasa takut, tapi orang selalu lupa nak takut pada Dia'

Betul la kot. Agaknya sebab ni la orang boleh meraung kalau tak dapat 4.00. Kalau pointer turun. Kalau.. apa-apa yang sewaktu dengannya lah. Mungkin bagi setengah orang ni lower minded punya stail, ada aku kesah? Haha. Tu hakikat la. Tapi cukup ke hidup tu kalau dah ada degree, ada rumah besar, ada gaji besar.. ada kereta besar? Boleh bagi kebahagiaan ke semua tu. Penat-penat kejar ke sana sini nak habiskan studi. Ada rasa bahagia? Penat-penat kerja cari duit siang malam, ada rasa bahagia? Aku tak mampu nak jawab, lain orang lain pendapat. Tapi pengalaman aku berkerja hari tu, cukuplah. Cukup untuk buktikan apa yang aku fikir, walaupun tak semua betul tetap ada yang betulnya. Pengalaman aku belajar? Belum cukup lagi untuk aku simpulkan. Sebab segmen pembelajaran tak pernah selesai. Selagi aku masih hidup.


P/s:

- Tak kata harta tu penting. Tak kata duit tu tak penting. Bergantung pada cara orang melihat dua benda tu sebagai apa.

- Perantauan ke kelantan untuk 4 hari banyak mengajar aku erti hidup. Cuma sedikit sesal bila ada hajat yang tak kesampaian.

- Proses pembelajaran tu takkan terhenti selagi kita masih hidup, tak terhad di dalam kelas je. Tepi pantai pun boleh jadi, kalau niat kau mahu belajar.

- Untuk yang selalu datang dan pergi dalam hidup aku, terima kasih atas segalanya. Mungkin aku ditakdirkan bertemu dengan kalian semua untuk belajar dari kalian. Untuk adik cewi, terima kasih kerana datang dengan baik dan pergi pun dengan baik.

- Jangan tanya kenapa gambar kaki dengan kasut je. Haha.

Comments

  1. how the heck actually to design or pape kt blog kita? hehe btw imy n love all your entry!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Portugal: Porto

Sedikit tips dari cebisan pengalaman mengandung