Adamantium to be..

Oye oye

# Ikatan

Hoi kau. Ini untuk kau.

 Dan..sesiapa yang terasa bila membacanya, abaikan. Sebab ini adalah untuk 'kau' yang aku baru kenal. Baru. Harap dimengerti. Sungguh aku tak faham pengertian kau tentang 'sahabatku setia di saat senang dan susah' terhadap aku. Walhal kita baru je kenal. Baru sangat. Dan.. logiknya bila masa entah aku pernah susah senang dengan kau. Entah. Haha. Lucu yang tak lucu tau tak. Mungkin aku tak sedar. Mungkin kau yang terlebih sedar. Antara dua tu lah. Aku tak tahu.

 Mungkin kau kurang kasih sayang, sebab tu kau berkata demikian. Tapi itu semua bukan masalah aku. Itu masalah kau dengan diri kau. Mungkin kau kurang keyakinan tentang diri kau sendiri. Sebab itu kau terasa memerlukan 'sahabat'. Yang boleh buat kau rasa ada orang yang menyokong. Yang boleh buat kau rasa bersemangat. Yang boleh buat kau rasa mampu untuk berdiri tegak tanpa rasa kesunyian. Tapi, sebenarnya kau tak sedar, semua itu akan makan balik diri kau. Bila nanti tiba-tiba kau hilang 'sahabat', baru kau akan sedar. Sebenarnya yang menyokong, yang buat kau rasa semangat, yang buat kau rasa mampu berdiri tegak.. semuanya adalah bayang-bayang kau sendiri. Yang mana ia akan hilang secara drastik bila cahaya menyinar.

Dan..sesiapa sahaja akan berasa curiga untuk menerima pelawaan menjadi 'sahabat' itu. Secara tiba-tiba pulak. Haish. Mana mungkin persahabatan akan dibina tanpa kenangan yang kukuh. Yang akan mengikat sebuah persahabatan itu. Walaupun, hakikatnya persahabatan itu tidak memerlukan alasan.. حبل من الله و حبل من الناس tu pun sejenis alasan juga kan? Harap kau mengerti makna sebenar persahabatan itu, sebelum kau terlebih menyalah gunakannya.

# Tautan

Dia tak sedar. Dia tak tahu. Tapi sebenarnya hati mereka telah lama bertaut. Sebelum dia terfikir, hati mereka telah bertaut terlebih dahulu. Dan.. mereka dijodohkan untuk bersama. Bagi dia, kasih itu masih tiada walaupun jiwanya puas mencari.. suatu ketika dahulu. Jika dulu dia terlalu yakin, kini tidak lagi. Dia sedaya upaya cuba menolak kemungkinan itu. Selagi termampu. Hehe. Namun realitinya, semakin dia menolak, semakin dekat ia mendatang. Akhirnya, dia membina tembok, dan cuba mengukuhkan tembok dirinya dari anasir-anasir luar. Baginya, membekukan hati itu lebih baik dari mencairkannya.

Mungkin dia tak mahu jerangkung-jerangkungnya diselak satu persatu. Mungkin dia tak mahu berdiri di atas garisan yang terputus-putus. Mungkin. Mungkin dia rasa penyesalan membiarkan hatinya dicairkan itu lebih teruk dari penyesalan kerana perhubungan yang terlerai. Mungkin. Mungkin dalam situasi ini dia takut untuk menghadapi masa depan, berbanding kerja-kerja gila yang selalu di lakukannya. Mungkin. Mungkin dia sebenarnya lebih takut untuk menghadapi penerimaan pihak sana terhadap dirinya. Mungkin. Tiada yang pasti, melainkan semua kemungkinan itu.

Sedang pihak sana sedaya upaya meyakinkan dia, dia terus membina tembok kukuh. Melakar garisan dalam perhubungan. Agar tidak lebih dari batasan kawan. Walau hakikat dia takut kehilangan kawannya itu. Haha. Mungkin telah tiba satu peringkat, di mana pihak sana berhenti dan mencari yang lain. Katanya. Di luar, bukan di dalam.

# Perkongsian

Selesai sudah majlis sahabat aku. Yang mana aku meredah senja seorang diri dari Petaling Jaya ke Bukit Beruntung demi menghadiri majlisnya. Kerana aku merasakan aku orang penting, gagahkan jela kaki ni. Walhal kepala dah macam kena gelek dengan bulldozer. Otak dah high semacam dah. Fikiran pun tak berapa nak waras.. pura-pura kental jela. Nasib baik je mamat-mamat bangla ke, indon ke yang senantiasa ada di mana-mana tak buka apa-apa langkah. Sudahlah aku berbaju kurung, kalau jadi pape memang wasalam jela.. Tapi alhamdulillah, Allah pelihara aku. Cuma aku rasa perjalanan hari tu macam suei sikit sebab takda keberkatan dari mak ayah aku. Huhu.

Berbalik pada majlis kawan aku tu, sumpah lawa gila dia malam tu. Aku seronok tengok dia bahagia. senyum ke telinga tak berhenti. Macam pakai botox sudah. Haha. Semoga laluan kau lepas ni lebih mudah la. Lebih tenang. Tak perlu takut-takut la. Cuma aku agak terkilan sebab tak dapat libatkan diri dalam persiapan majlisnya. Apapun, Allah yubaarik alaikuma~

Aku sayang kau sebab kau adalah kau. Aku akan sentiasa ada, walaupun kau dah bersuami.

p\s:

- Aku hanya ada seorang sahabat lain jenis, hanya seorang.Dan.. disebabkan dia, peluang untuk yang lain menjadi sahabat aku dah tertutup.
- Mungkin aku akan terus menghadapi situasi yang sama sehingga aku berjaya mengatasinya dengan lebih rasional.
- Andai mereka ada jodoh pasti tak ke mana kan? Walau mungkin lambat sikit bersatunya.
- Kau berani buat keputusan. Semoga itu jalan yang terbaik lah untuk kau, dia dan si kecil.

Comments

Popular posts from this blog

Portugal: Porto

Sedikit tips dari cebisan pengalaman mengandung