Portugal: Porto

Trip pendek : 27/6/18 - 1/7/18

Untungnya suami kerja luar negara ni kita boleh tumpang sekaki. Jadi jangan tanya harga tiket, sebab kita merantau antara negara Eropah bukan dari Asia-Eropah.

Secara umumnya Porto adalah bandar yang kecil, destinasi utamanya boleh je dicapai dengan kaki. Lagipun basic kalau masuk bandar-bandar terkenal ni eloklah naik public atau jalan kaki je (kalau dekatlah!). Tak kosser la nak bawa kereta tengah bandar yang sibuk amat! Nak senang download apps CP untuk update jadual dan harga train. Tapi nak senang google maps aje haha, takpun download app RometoRio (cikbang yang suruh). Atas nasihat suami, kita dah survey 2-3bulan awal nak visit tempat apa, nak gerak cemana. Atas pandangan kak yan kita pilih nak visit tempat2 UNESCO aje (tkpun tempat yang tak ramai orang). Haha.

27/6/18

Dari Hannover ke Porto adalah dalam 2-5jam (campur transit&tak ingat). Sampai jam 0800/0900 (tak ingat), suami dan kawan-kawan ofis terus je ambil kereta sewa (opkos company tanggung) ke Lousado (markas rahsia dorang :p), manakala saya naik aje train terus ke Sao Bento Station. Oh, kalau dari aeroporto takde train direct ke Sao Bento, kita tukar train ikut line M tak silap (ada peta laluan).

Sampai je Sao Bento jadi peqak sat, pasaipa rupa tak sama dengan gambar. Tambah pulak orang keliling cakap bahasa kita tak paham (portuguese). Ramai yang amat la manusia sampai kita pun cuak tercengang. Haha. Pastu masuk dalam stesen (sebab dia underground) cuba keluar ikut tangga-tangga lain. Ada dalam 4 cabang! Akhirnya keluar balik tangga asal tu, pastu seberang jalan baru jumpa Sao Bento. Pusing-pusing ambil gambar dah puas kita pun jalan tanpa hala tuju kat kawasan situ.

Uniknya Porto ni pada bangunannya, masih lagi seni bina lama. Depa panggil Old City. Oh dengan signature dorg blue tiles (azulejo). 

Nasib la dapat jurugambar tak pro cam kita ni, gambar asal boleh jelah.
Sao Bento Station.

Sao Bento Station

Ha pastu mencari la tu mana tempat naik tren nya. Saboo ada..,

Depa kata train nak p Hogwarts ambil inspirasi dari sini. Hampa nampak ada rupa ka?

Pastu merawang ke mana pun tatau la ikut je kaki, yela nak tunggu cikbang balik kije lambat lagi. Masuk jela segala lorong yang ada hehe.

Lapaq pulak, tengok jam eh laa dah pukul 1300. Patut la pun. Jangan tanya nama restoran ni apa tak ingat dah, yang penting tu semua satu set 12euro, kira murah lah (jangan convert RM) haha. Kat Porto ni tepi sungai tu yang pemes seafood selain cikbi kegemaran dorang. 
Bestnya kat sini ramai je orang bukan portugal kerja sini, macam kat restoran tu pelayan dia mostly brazilian pastu try hard la nak cakap inggeris sebab dorang tak berapa fasih. Dan kedai-kedai cenderamata kat sini didominasi oleh bangladesh (muslim), jadi tiap kali masuk depa bagi salam pastu tanya "Malaysia? Come-come I give discount". Siap puji Malaysia bagus. Aku gelak je.

Jalan punya jalan, eh! Dah sampai kat Ribeira Square (macam dataran lah) ada banyak restauran, dan agak mahal sikit la sini sebab tempat tumpuan pelancong kan.
Jalan sikit dah nampak dah Lois Bridge 1. Nampak 2 tingkat tak? Yang bawah tu laluan kereta, bas, motosikal, basikal dan sewaktunya. Atas tu lalual train. Dedua ni accessible untuk pejalan kaki sejati macam saya.
   Kat eropah ni (setakat dah pernah pergi: German,Porto, UK), pejalan kaki tayah risau la nak lintas jalan ke apa ke. Kereta ke bas ke sanggup berhenti untuk anda. Tapi kalau ada lampu isyarat ikut la warna lampu, jangan perasan raja sangat nak main lintas je kan. Dorang kadang lampu merah pun tunggu je waima takde kereta pun. Baik betul. Kita pun jadi takut nak langgar. Haha.

Gambar jambatan Lois 1 dari dekat.



Kalau nampak sign tour tu memang tempat pelancong la. Sini kiri kanan tu kedai sourvenir, tapi biasa la kalau kedai yang dekat kawasan tourist ni mahal sikit. Belakang tu tempat train lalu kat belah atas Lois Bridge 1. Yang nampak macam kereta api sebenarnya kereta pelancong, dorang akan bawa pusing central. 

Pemandangan Douro River dari upper Lois Bridge. Masa ni langit mendung tu yang gambar suram je tu.

Seronoknya jalan Europe ni tempat dia mesra wifi. Jalan jela mana-mana tepi jalan ke restaurant ke mall ke semua bagi wifi free. Kira kalau jalan sikit pastu nak upload story boleh aje! Hari terakhir kat Porto, kitorang decide nak naik Historic Train. Gerak dari Sao Bento turun kat Regua. Sempat la jalan-jalan kejap kat Regua sementara tunggu Historic Train tu gerak pukul 3. Sepanjang perjalan ke Regua mata ni sedap sejuk je dijamu pemandangan bukit bukau hijau, dorang tanam anggur nak buat wine. Oh Porto ni terkenal sebagai pengeluar wine. Tu yang kalau jalan tepi sungai Douro tu korang akan nampak tong (wine barrel) banyak atas kapal-kapal. Ada orang cakap sesetangah barrel tu dah berusia ratusan tahun. Masa jalan kat regua jumpa makcik ni jual ceri segar dari ladang. 2kg utk 3euro, tukar RM dalam 12-13 ringgit la. Terus cikbang berseloroh kita lunch makan ceri jelah! Haha.





Balik Regua dalam pukul 6 camtu la dah sampai balik Porto. Terus balik kat apartment airbnb, packing barang sebab nya flight pukul 3 pagi (balik sorang, cikbang balik dengan kengkawan opis dia). Siap packing singgah makan kat market (macam food court), pastu cepat2 amik bag naik train p airport. Sampai hannover pukul 8 gitu tak silap. Pastu membungkang laaa apo lagi kan! 

Sampai sekarang masih teringat-ingat Porto. Lain rasanya tengok depan-depan dengan google photo. Sumpah cantik, klasiknya lagi. Alhamdulillahhh ya Allah atas kesempatan dapat sampai sana! 





Comments

Popular posts from this blog

Sedikit tips dari cebisan pengalaman mengandung